Skip navigation

Assalamualikum dan Salam Sejahtera

Program Pembangunan telah bermula, pihak kami menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menyertai Projek Pembangunan Usahawan dibawah kelolaan kami.

Untuk menjadi peserta kami menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk mendaftar dibawah Program pembangunan ini. Antara Program yang akan dilancarkan adalah:

1. Program Pembangunan Usahawan Tapak Semaian Sawit

2. Program Pembangunan Usahawan Tanaman Cili Fertigasi

3. Program Pembangunan Kendiri dan Keluarga

4. Program Pembangunan Pelajar

Apa yang menarik tentang program ini para peserta akan dibantu, dibimbing dan diberi latihan dari A to Z dan dari zero to hero bagi menjadikan para peserta seorang yang berjaya.

Setiap peserta akan dibantu dari semua sudut, bermula dengan pembangunan personal, pembangunan kendiri dan keluarga, sosial dan ekonomi, sumber asasi , latihan dan kewangan serta menjadikan peserta seorang yang berkebolehan, berkarisma dan berjaya dalam pernigaan yang diceburi.

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama, setiap perniagaan akan menguntungkan cuma sikap, disiplin dan pengetahuan seseorang dalam menentukan sama ada ia berjaya dicapai atau tidak.

Disamping kami membantu anda, maka kami juga membantu diri kami juga jadi kita sama-sama membangunkan diri, meneroka potensi yang ada untuk kejayaan masa depan.

Kontent yang kami sediakan adalah konsep bimbingan dan pemantauan berterusan sehingga para peserta boleh bebas dan berdikari.

siapa yang patut mendaftar?

Ya, kami menjemput semua yang ingin membangunkan diri, tidak mengira agama dan kaum,

kami membuka peluang kepada para pekerja yang sentiasa mahu bersemangat untuk bekerja, ibu dan suri rumah yang ingin mencari peluang ekonomi, pelajar yang mahu berjaya dalam pelajaran, peniaga yang mahu berjaya dalam perniagaan, golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mahu mengubah cara hidup lebih selesa, kepada siapa sahaja yang mahu menjadikan masalah mereka satu peluang untuk mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat, kepada semua rakyat malaysia yang mahu dibimbing, di ‘coaching’, diberi bantuan, diberi khidmat nasihat, diberi latihan, diberi tunjuk ajar, diberi motivasi, diberi peluang dan banyak lagi akan menanti anda.

Sila tuliskan nama, no telefon, no ic untuk rujukan pihak kami.

Sekian.

Pengerusi Pengelola

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima Kasih kerana mengunjungi laman Projek Pembangunan Komuniti. Projek ini akan memberi peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk mendapat bimbingan dan bantuan untuk membina dan membangunkan diri dari pelbagai sudut.

Insya Allah. pada masa ini pihak Tuah Advanced Resources sedang di dalam proses membuka sebuah Pusat Pembangunan Komuniti yang akan dijangka memberi ruang untuk tuan-puan mendapatkan khidmat dan dan bantuan dari segi berikut:

a) Pembangunan diri

b)Pembangunan ekonomi

c)Pembangunan Keluarga

Antara program yang akan dilancarkan adalah seperti

a) Kursus Peluang Perniagaaan

b) Program pembangunan pelajar

c) Program Pembangunan Keluarga

dan banyak lagi

sekian.

Pengerusi Pengelola

Projek Pembangunan Komuniti

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.